.
Sedih.....~_~
Kenapa ramai manusia sekarang begitu senang tinggalkan solat??? Adakah solat itu membebankan??? Hanya 5 waktu sahaja...dan bukan 50.. tidak cukup masa??? Allah berikan masa 24jam..solat hanya 5 minit sahaja paling kurang.. Fikirlah bahawa Nabi Muhammad SAW malu untuk meminta mengurangkan lagi setelah waktu solat hanya 5..Walaupun bekerja,tidak semestinya solat itu ditinggalkan dengan sengaja dengan alasan kerja.. Adakah kerja itu diberkati jika tidak menunaikan amanah Allah??
Aku seorang pekerja disebuah restoran 'fastfood'.. Memang setiap hari fikir kerja sahaja.. Tetapi aku ingat pesan ibu ayahku, "solat jangan tinggal"... Aku mula-mula kerja,terkejut dengan budaya diluar.. Solat jumaat ditinggalkan,perempuan merokok, dan lain-lain... Setelah lama bekerja,sudah menjadi kebiasaan.. Aku teringat lagi ketika aku hendak pergi solat jumaat,aku meminta kebenaran manager aku.. "kau tak payah la pergi solat jumaat,blum lebih 3 kali kau tinggalkn solat jumaat" katanya... Ya Allah,pedihnya hatiku.. Macam nak nangis pun ade..
Pada satu hari jumaat,tapi aku tengok ramai lelaki remaja,dewasa ataupun tua,masih lagi berpeleseran.. Aku bermonolog, "Apakah mereka ini tidak solat jumaat??".. Sehingga aku pulang dari solat,aku lihat ramai lelaki masih tidak menghiraukan keadaan sekeliling.. Ya Allah, sedih hati aku melihat manusia sekarang... Jika tiang agama tak dapat dilaksanakan,apatah lagi amalan lain... Walaupun ilmu banyak,tapi tak laksanakan pun tak berguna.. seperti pepatah arab "ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah"... Aku harap muslimin dan muslimat diluar sana,apabila dah bekerja nanti,janganlah melupakan Allah... Jika kita ingat Allah,Allah akn ingat kita balik...InsyaAllah.. Carilah keredhaan Allah untuk bahagia didunia dan diakhirat kelak...^_^
-seindah warna pelangi-
◄ Older posts
Newer posts ►