Naelah al-Farafisyah

Saya terbaca satu artikel tentang Naelah al-Farafisyah.. Beliau adalah isteri kepada Khalifah Uthman al-Affan.. Seorang serikandi yang terbilang pada zamannya..Beliau tidak pernah sesekali berjauhan dengan suaminya.. Paling membahagiakan, beliau seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat kepada suami tercinta di kala kesusahan atau musibah...


Ketika zaman pemberontakan pada waktu pemerintahan Khalifah Uthman, Naelah tidak pernah berjauhan dengan suaminya. Beliau selalu memberi semangat kepada suaminya..


Gambar Hiasan
Saya tertarik dengan sifat beliau yang tidak pernah kenal erti susah. Peristiwa pengepungan rumah Khalifah Uthman berlaku selama 50hari. Rumahnya dibaling batu dan panah. Naelah juga mempertahankan bersama suaminya. 


Saya sungguh terharu apabila peristiwa Muhammad bin Abu Bakar telah menyerang Khalifah Uthman,namun Naelah cuba menghalang sehingga terputus jejarinya.. Muhammad bin Abu Bakar mengangkat pedang dan menghayunkan ke arah Khalifah Uthman,Naelah tetap berusaha mempertahankan sehingga jejarinya yang sebelah lagi putus. Muhammad bin Abu Bakar telah menawan Khalifah Uthman dan diperlakukan dengan kejam. Sekali lagi Naelah cuba menghalang dengan menggunakan sepenuh kudratnya,akan tetapi beliau ditolak dan dipijak dengan kejam.Sungguh besar pengorbanan si isteri untuk mempertahankan si suami daripada dibunuh.


Sifat beliau yang setia telah menarik perhatian saya. Ketika peristiwa kewafatan Khalifah Uthman, Naelah telah dipinang oleh Muawiyah. Walau bagaimanapun, beliau telah menolak pinangan tersebut mentah-mentah. Beliau telah mencabut giginya demi menolak pinangan tersebut dan menyembunyi kecantikannya. Bagi Naelah,Khalifah Uthman sahaja yang layak untuknya. 


Sesungguhnya, Naelah seorang serikandi solehah yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan diri dan suaminya untuk agama. 


Betapa tingginya semangat juang beliau untuk agama islam. Pada zaman sekarang memang susah untuk melihat wanita yang mempunyai semangat yang tinggi seperti beliau. Sebab manusia sekarang sudah merasa nikmat islam dari kecil lagi dan tak pernah rasa kesusahn yang dirasakan oleh pejuang-pejuang islam dahulu. Saya harap para muslimin dan muslimat,ambillah iktibar dari peristiwa-peristiwa pada zaman para sahabat untuk menjadi pedoman hidup. InsyaAllah... 


-Seindah Warna Pelangi-







◄ Older posts
Newer posts ►
Diriku;



Facebook | Twitter



Kehidupan ini kadang2 cerah dan kadang2 mendung.ketika cerah,ketika itulah kita gembira dan ceria.^_^ ketika mendung,ketika itulah kita sedih,muram dan suram.~_~ warnailah kehidupan yang ceria seperti 'Seindah Warna Pelangi' ♔

Shout Here!


Sahabatku;

Ati Nurul



template by s.m!sery.
resources: