CoReT-CoReT HaRi JuMaAt

Alhamdulillah..
Aku diberi nafas pada pagi ini untuk meneruskan kehidupan.. Sungguh bersih dan nyaman udara pagi.. Setiap manusia mempunyai tugas masing-masing.. Adakah aku sudah melakukan tugasku sebagai hamba Allah?? Solat disubuh di pagi hari adalah berat bagi manusia untuk menunaikannya.. Bagi sesiapa yang tidak biasa bangun awal pagi,pastinya solat subuh ditinggalkan begitu sahaja. Aku juga berusaha melawan nafsu tidur untuk menunaikan solat subuh.. 
Sinar cahaya pagi mula memancar dengan terik. 
Pada pukul 11 pagi,aku menemani temanku ke Bukit Jalil. Kami sampai di Bukit Jalil pukul 12.30pm.
Aku bermonolog ''Sempatkah aku untuk solat Jumaat??''..Aku dengan sedaya upaya aku bergegas ke masjid jamek. Nasib juga menyebelahi aku kerana sempat untuk solat jumaat. Hari ini tercatat sejarah aku,solat jumaat di masjid jamek. Aku lihat ramai orang telah membanjiri di sekeliling masjid hingga dihadapan kaunter tiket monorail. Tidak aku menyangka orang seramai itu.


Masjid Jamek

Setelah selesai solat,aku tidak melepaskan peluang untuk singgah di gerai-gerai yang berhampiran dengan masjid india. Aku hanya membeli tali pinggang sahaja.^_^
Meriah...^_^

 









Pukul 4.30 petang, aku, Aiman,Hafizh dan Syamil bertolak ke rumah Zulhilmi di Muar. Bestnya jalan-jalan. Kami pertama kali menggunakan perkhidmatan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan. Permandangan yang menarik dan canggih.



Setelah membeli tiket,kami tunggu di platform3. Akan tetapi,kami hampir terlepas bas sebab bas kami di platform1. Maklumlah,bagai rusa masuk kampung..(^_^)
Sempat lagi bergambar..^_^

Betul kata pepatah melayu,"malu bertanya sesat jalan".. Jikalau kami tidak bertanya, tidak sampailah ke Muar.^_^ 
Perjalanan ke Muar mengambil masa 2jam lebih. Akhirnya kami selamat sampai di Muar pada jam 7.45pm..
Alhamdulillah.... 
-Seindah warna pelangi-




◄ Older posts
Newer posts ►
Diriku;



Facebook | Twitter



Kehidupan ini kadang2 cerah dan kadang2 mendung.ketika cerah,ketika itulah kita gembira dan ceria.^_^ ketika mendung,ketika itulah kita sedih,muram dan suram.~_~ warnailah kehidupan yang ceria seperti 'Seindah Warna Pelangi' ♔

Shout Here!


Sahabatku;

Ati Nurul



template by s.m!sery.
resources: